Khamis, 6 Januari 2011

JOM MASUK UNIVERSITI………



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.... ASSALAMUALAIKUM WBT ~(^_^)~

Dalam ruangan TERATAK BONEKA BUNDA ni.. saya mahu kongsikan gambar-gambar menarik persekitaran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tempat aku menimba ilmu pada waktu ini … semoga apabila melihat gambar-gambar ini akan menguatkan lagi motivasi kita untuk meneruskan perjuangan memasuki menara gading terutamanya kepada adik-adik yang kini masih berada dibangku sekolah… masuk universiti itu best lorhhh… sungguh!!! So adik-adik semua belajar rajin-rajin ya.. Boneka Bunda doakan yang terbaik buat semua ~(^_^)~

Sebelum tuh kita menyanyi dulu nak??? hehehe.. lagu ni merupakan antara lagu yang akan menguatkan motivasi Boneka Bunda kalau nak study rajin2 dulu.. kalau agak2 motivasi diri nak lost confirm akan pasang lagu ni.... kekuatan lagu ni bukan terletak pada melodinya taw tapi terletak pada   liriknya.. sungguh.. enjoy this song ya.. :)


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA



Ni merupakan logo UPSI yang terbaru... cantik kan... :)





Yang ni meupakan bangunan Ibu Kandung Suluh Budiman... semuanya bercerita tentang sejarah...


Yang ni pulak merupakan Banguna Canselori UPSI... besar tersergam indah


Yang ni merupakan Bangunan Perpustakaan Tuanku Bainun... comfirm beza ngan perpustakaan sekolah..
nak tengok dengan lebih lanjut, cantik ke tak... adik-adik rajin2 lah belajar supaya dapat masuk Universiti n boleh smbung study kat UPSI.. :)


Gambar yang ni.. menceritakan tantang aktiviti-aktiviti yang ebrlangsung di universiti.. semuanya best... sungguh!!!


Setelah study baik2 utk jangka masa 4 tahun.. ni lah hasilnya.. produk yang akan dipasarkan ke sekolah-sekolah dan akan memimpin anak-anak bangsa... 

U.N.I.V.E.R.S.I.T.I

Ada apa dengan universiti?? Apa yang ingin dikongsikan sangat oleh Boneka Bunda sehinggakan boleh membuatkan rakan-rakan yang berada di luar sana akan tertarik untuk masuk ke universiti kan.. hehehehehe.. mungkin sekelumit pengalaman dan perjuangan cemana Boneka Bunda boleh masuk ke universiti. Jauh sekali untuk bermegah-megah kerana saya yakin status ini hanyalah biasa sahaja pada masa kini, Cuma Boneka Bunda hanya ingin berkongsikan betapa sayu dan pilunya apabila bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan yang berada di luar sana hidup tanpa jaminan masa depan.. juga jauh sekali untuk mengatakan bahawa hidup Boneka Bunda pada saat ini sudah mencapai tahap yang membanggakan… hidup saya tak ubah seperti hidup anda yang juga berada di luar sana yang hidup biasa-biasa… Cuma apa yang ingin saya tegaskan terdapat satu perbezaan hidup bagi kita yang berjaya memasuki university dan merasai pengalaman ini berbanding mereka yang langsung tidak pernah merasai pengalaman ini.

Ada yang pernah berkata pada saya.. “untuk apa masuk ke universiti???  Tengok tokoh-tokoh jutawan kat luar sana..  boleh dikatakan hampir semuanya kaya raya namun taklah belajar tinggi snagat pon” urmmmm.. betul juga kan… so untuk apa belajar tinggi2???  right???

Takpa lah kita tinggalkan persolan itu dengan LABI-LABInya… hehehehe… persoalan yang terlalu biasa namun jika korang yang berada di luar sana nak tanya pada pendapat Boneka Bunda kan sudah pasti saya punya pendapat saya yang tersendiri… sama macam uoLLsss… kankankan…
Lahhh nak tahu juga ke??? Ok2 jom kita kongsikan bersama… hehehe

Pada saya benar kalau kejayaan tidak hanya terletak di menara gading tapi sedar tak kita tantang persekitaran kita  yang berada di luar sana… dalam berjuta-juta orang yang berada di luar sana, berapa ramai dalam kalangan kita  yang benar-benar mampu  berjaya dan mampu menjadi jutawan dan boleh kita kategorikan dan Berjaya dalam hidup??? Hanya sangat sedikit kan jumlahnya… ke mana yang selebihnya???? Tuhhhh…. penyumbang kepada pelbagai jenis permalasahan sosial kat luar sana… kankankan…. Terlalu banyak persoalan yang berlangsung di persekitaran kita pada saat ini dan selebihnya lebih banyak bergantung kepada kerasionalan kita untuk berfikir mengenai baik buruk sesuatu perkara itu berlaku.

Teringat kembali suatu ketika dahulu.. cehhhh.. macam permulaan kepada cerita dongeng jer kan… hikhikhik… dengarlah weiii.. Boneka Bunda nak share something nih.. hehheehehe…
Teringat kembali suatu ketika dahulu.. pada waktu itu, baru sahaja lepas Peperiksaan STPM. Semua cikgu sibuk memotivasikan kami bahawa kami semua berkelayakan dan berkemampuan untuk masuk ke universiti. Dalam tempoh beberapa bulan cuti panjang tuh terlalu banyak dugaan yang datang menimpa saya dan keluarga saya.. urmmm, dipendekkan cerita mak saya pada waktu itu sakit teruk.. satu penyakit yang kami sendiri tidak tahu apa sakitnya.. puas kami membawa mak berubat ke mana-mana baik melalui perubatan tradisonal dan moden.. yang jelas kesakitan ibu semakin bertambah.. doktor khabarkan tidak ada apa-apa yang terjadi kepada ibu malahan kandungan darah mahupun segala perkara yang berkaitan dengan kesihatan ibu berada dalam keadaan normal.. pelik kan.. tapi itulah yang menimpa keluarga saya. Pada setiap malam isnin, khamis, dan jumaat mak pasti akan berasa sakit yang hanya mak yang tahu betapa peritnya kesakitan yang beliau tanggung.. dan kami yang hanya jadi pemerhati hanya mampu mencarikan ikhtiar kepada ibu untuk berubat ke mana-mana dan dalam masa yang sama mendoakan agar ibu akan bertemu dengan kesembuhan… Dalam usaha untuk mencari penawar kepada kesembuhan mak.. tetap muncul kerisauan di hati saya.. bagaimana kalau saya berjaya masuk ke universiti??? dan pada waktu itu siapa yang akan menjaga mak saya??? Adakah orang yang saya harapkan untuk menjaga mak tu mampu menjaga mak dengan baik sama seperti apa yang saya harapkan??? Belum pon menerima tawaran Berjaya ke universiti sudah banyak persoalan yang muncul dan dilemma dalam kehidupan saya pada ketika itu.

 Sinar harapan untuk mejejakkan kaki ke universiti semakin bertambah apabila saya mendapat panggilan lulus temuduga untuk ujian lisan setelah lulus menduduki ujian MEdSI… alhamdullillah.. saya bersyukur sangat.. kata cikgu saya siapa yang dah lulus dapat panggilan ujian lisan sudah memiliki jaminan masuk ke universiti Cuma sahaja akan mendapat pendidikan ataupun tidak… berbunga-bunga hati saya pada waktu itu.. yer lah kan sapa taknak masuk ke universiti… kalau di tanya pada saya confirm saya nak.
Keputusan UPU akhirnya diumumkan… bagaikan kaca retak seribu hati saya pada waktu itu. Dalam ramai-ramai rakan saya yang berjaya masuk ke universiti saya merupakan antara mereka yang gagal.. kekecewaan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Benarlah kata orang, saat dunia berpaling pada kita hanya keluarga yang akan kekal memberi sokongan pada kita pada setiap saat. Saya bersama tiga orang rakan saya yang gagal masuk ke universiti pada saat itu yang boleh dikatakan memiliki keputusan yang agak baik.

“sabar.. kalau rezeki tidak akan ke mana..” itulah pesan mak saya yang sering memberi dorongan pada saya... kata cikgu saya antara sebab yang memungkinkan permohonan kami masuk ke IPTA pada waktu itu mungkin kerana faktor dokumen pengenalan diri. Saya mengiakan pendapat cikgu saya kerana keempat-empat kami belum pun memiliki IC sekalipun telah hampir mencakupi usia ke angka 20 tahun.  
Dipendekkan cerita, setelah rakan-rakan lain berjaya meneruskan cara hidup mereka selaku mahasiswa dan mahasiswi universiti , saya pula terpaksa meneruskan usaha untuk mendapatkan IC saya  bersama rakan-rakan  yang lain yang juga gagal menempatkan diri di mana-mana IPTA. Dalam masa yang sama juga sakit mak semakin bertambah teruk.. pelbagai ikhtiar seakan-akan tidak mendatangkan sebarang kesan yang baik kepada kesihatan mak.. namun aku pasrah dan hanya mampu berdoa semoga kesihatan mak akan kembali pulih sama seperti yang saya dan keluarga harapkan.
Saya merasionalkan kembali pemikiran saya, mungkin antara sebab lain kenapa saya gagal masuk ke universiti adalah kerana Allah mahu saya menjaga ibu saya yang sedang sakit pada waktu itu. Benar saya kecewa kerana gagal memasuki universiti sama seperti rakan saya yang lain namun jauh di sudut hati.. THANK YOU ALLAH kerana tidak hanya menempatkan saya hadir dalam SUKA kelaurga saya tapi juga dalam DUKA keluarga saya… ALHAMDULILLAH..
Fokus saya tumpukan kepada empat perkara utama pada ketika itu : yang pertamanya untuk menjaga mak yang sedang sakit, yang keduanya saya terpaksa mengambil semua tanggungjawab mak sebagai suri rumahtangga, menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan dokumen pengenalan diri dan yang paling utama juga adalah meninjau peluang kemasukan ke mana-mana IPTA jika ada…
Saat melalui semua perkara ini, saya berasa sangat bersyukur kerana sering di beri kemudahan.. sekalipun alam keadaan kesihatan mak yang agak kurang baik, namun mak menunjukkan kekuatan kepada saya dan selalu memberikan ruang kepada saya untuk mencapai apa yang saya inginkan. Jutaan terima kasih tidak terhingga buat BONDA tercinta dan keluarga yang selalu faham pada apa yang saya inginkan. Setelah gagal memasuki IPTA mana-mana IPTA pada Julai tuh, saya bertekad untuk terus ke Jabatan Pendaftaran di Putrajaya… pi sorang-sorang pulak tuh.. nasib abaik lah ada kawan yang nak bantu tumpangkan rumah pada waktu tuh.. risau gak.. yalah 1st kot menjejakkan kaki di bumi semenanjung.. seminggu pastuh Alhamdulillah perjuangan saya ternyata tidak sia-sia dan aku berjaya akhirnya memperoleh IC ku.. sungguh gembira rasanya…
Pasti korang tertanya-tanya kan kenapa susah sangnt saya nak dapat IC kan?? Ni sebab semasa saya dilahirkan mak dan ayah saya guna passport sementara untuk bekerja di negara ni.. namun setelah lama menduduki negara ni.. mak dan ayah aku layak untuk mendapatkan IC… so utk kitorang  anak-anak yang lahir pada masa ayah dan mak masih menggunakan passport ni kenalah melalui prosedur yang agak payah sikit untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan di negara ini.
September tahun itu juga.. saya  diberitahu oleh teman saya bahawa UPSI sedang membuka tawaran untuk ambilan kemasukan bulan Disember.. harapan saya tanamkan sekali lagi dengan harapan dapat menjadi pelajar yang akan diberi peluang untuk menuntut ilmu di universiti itu. Alhamdulillah saya berjaya akhirnya. Benarlah sepetimana kata yang ibu sering beritahu aku… kalau rezeki tidak akan ke mana..
Dan harini.. saya merupakan seorng pelajar Universiti Pendidikan sultan Idris mengambil jurusan AT04 Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan kini telah pun berada di semester lima pengajian… terlalu banyak lakaran indah aku lakukan bersama rakan dalam menjalani hidup selaku mahasiswi  di universiti ini.. terlalu banyak kenangan manis untuk di kenang dalam meniti penglaman menjalani hidup sebagai seorang mahasiswa dan percaya setiap pengalaman ini adalah menjadi tanggungjawab saya untuk kita kongsikan bersama rakan-rakan lain yang berada di luar sana untu menanam minat yang sama agar meneruskan usaha untuk masuk ke tempat sebagai seorang penuntut.
Azam untuk memasuki universiti saya tanam kuat selepas saya mengikuti satu program anjuran Universiti Malaysia Sabah : Selangkah ke menara Gading (SEMEGA). Satu program yang cukup bermakna dalam hidup saya. Melihat persekitaran kampus UMS yang cukup mengagumkan saya membuatkan saya sering berangan dan alangkah ruginya rasa kalau tidak dapat menimba pengalaman itu. Satu lagi situasi yang ingin saya kongsikan yang membuatkan minat saya untuk memasuki universiti menjadi kuat adalah kerana persekitaran saya yang begitu memandang tinggi pada budak-budak yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading ni.. mungkin situasi persiktaran saya membesar agak berbeza denga rakan-rakan lain yang hidup membesar di semenanjung.. jumlah yang berjaya memasuki universiti di Sabah sangatlah kurang jika ingin dibandingkan dengan mereka yang belajar di semenanjung… inilah hakikat yang perlu kita ketahui saat ini. untuk persekitaran kampung saya sahaja bilangan yang memasuki universiti masih mampu dibilang menggunakan jari… daif kan kualiti pendidikan kami… jadi bilamana ada yang berjaya memasuki university automatik penduduk kampung akan memandang tinggi. Cukup tinggi… may be jalan sahaja yang mereka tak bentangkan dengan karpet merah.. hehhee.. serius korang kalau saya pergi ke kenduri kahwin sedara mara ke kan… mesti cara diorang menegur saya berbeza dengan rakan-rakan yang hanya menghabiskan pelajaran setakat di tingkatan lima sahaja.. kadang-kadang cara itu akan membuatkan saya tidak selesa sedangkan kalau diikutkan pada persekitaran luar perkara itu hanya merupakan satu perkara yang biasa-biasa sahaja..hehheehe~ apa-apaun syukur Alhamdulilah ke hadrat Illahi kerana saya ditempatkan di antara mereka yang memiliki tuah dapat meneruskan pelajaran sehingga ke alam universitI.. doa saya juga sama buat semua adik-adik, keluarga, dan rakan-rakan lain yang berada di luar sana yang masih menyimpan cita-cita untuk mejejakkan kaki ke menara gading… chayok!!! Hidup di Universiti itu BEST~~~… hehehe


OK lah rakan-rakan semua ya.. Boneka Bunda ada kelas ni… ti kita sambung menconcang lagi ya… hehehe… Insyaallah.. panjang umur murah rezeki kita akan kongsikan lagi luahan rasa dan sekelumit pengalaman kita dalam ruangan ini… semoga langkah kalian diiringi dengan kejayaan selalu.. aminnnn