ASSALAMUALAIKUM wBt teman2...
Tak pernah terbayangkan aku mampu berada disini pada hari ini…. aku hanya orang yang biasa2 dan belum ada lagi dalam kalangan keluarga rapatku yang telah masuk U. maksudnya aku anak yang pertamalah.. huhuhuxxx… xda mood2 bangga taw.. just rasa nak share smthg lagi ni… hehehehehe
A.K.U dan U.P.S.I : apa bisa serasi bersama???
Serius… kalau dulu cikgu2 aku buat program n minta kitornag meraung “AKU BOLEH!!!” pastuh perkataan universiti lazimnya akn menyusul dalam setiap cermahnya.. aku kompom akan meraung gak tapi setelah itu pasii dalam hati akan terdetik… ye ker???
Tapi hari ini aku mampu buktikan bahawa tiada yang mustahil.. seorang anak kampung seperti aku juga mampu menimba ilmu di seberang laut China Selatan… masih terfikir-fikir.. itukah aku??? Yes, that’s me… miss Boneka Bunda…
Pelajar UPSI setelah dua tahun menimba ilmu di teratak ilmu ini… pelbagai perkara yang aku belajar.. bumi di tempat aku berdiri ini mengajar aku seribu satu perkara tentang apa yang kita katakan sebagai sebuah “KEHIDUPAN”.
my UPSI
Pertama kali sampai ke UPSI.. aku cuba membandingkannya dengan UMS.. U pertama yang aku pijak di Malaysia ni.. ya aku akui dari segi kemudahan infrastruktur U aku ni punya banyak kekurangan…Namun dalam fikiran2 nakalku itu.. muncul satu persoalan yang akan merasionalkan aku kembali… kalau memang hanya HODOH yang dimiliki oleh Universiti ini namun kenapa setiap tahun mahupun setiap ambilan kemasukan ke UPSI ramai student yang berlumba-lumba untuk masuk ke sini..???
Ini bermakna ada sesuatu yang dimiliki oleh universiti ini yang buatkan ramai orang tertarik padanya termasuklah aku sendiri.. aku yakinkan diri aku.. insyaAllah semuanya kan baik2 saja… just follow the authorities kan… hehehehe…
Ingat lagi aku soalan penemuduga sebelum berjaya menjejakkan kaki ke U ini.. katanya.. kenapa pilih UPSI??? Apa ini bermaksud U lain x hebat sedangkan kita tahu kerajaan sentiasa mempertingkatkan kualiti pendidikan dari semasa ke semasa??? Opppssss… soalan yang benar2 membunuh aku pada ketika itu… namun dengan muka yang cool n selamba badak aku jawab soalan itu… hehehehe.. nak lulus temuduga lah katakan.. hehehe
“macam niiiii encik…. Saya tak bermaksud nak membandingkan setiap universiti… saya yakin setiap universti memiliki keunikan dan kelebihannya yang tersendiri.. begitu juga dengan UPSI dan UMS…”
Saat itu aku tengok muka temuduga macam sengaja saja di garang2 kan… wapon aku tahu itu hanya lakonan namun bergoncang juga jiwa brutalku waktu itu.. ikutkan hati macam nak SMACK DOWN jer dia.. hehehehe
“Seperti yang saya katakan sebelumnya saya mahu enjadi seorang guru.. saya yakin UPSI pilihan terbaik yang saya miliki dan kalau saya mahu menjadi seorang yang terlibat dalam bidang industry sudah pasti saya akan lebih memilih untuk menuntut ilmu di UMS… kankankan???”
Aku Nampak dia tersenyum sinis.. langsung jer dia jawab.. OK Amylia.. kami doakan kamu Berjaya kejar apa yang idam dan cita2 kan… hehehehxxx trus dup2 in my heart waktu itu…
Apa yang jelas universiti ini mengajar aku pelbagai perkara.. sangat berbeza dengan kehidupan zaman sekolah… kalau dulu pergi dan pulang kesekolah rutin hidup selalunya sama namun disini boleh dikatakan 90% sangat berbeza…
Satu mungkin kerana nilai hidup berdikari yang aku miliki di sini.. balik kampung?? Itu antara perkara yang susah untuk aku miliki berbanding dengan rakan-rakan ku yang lain. Dan untuk hari ini saja hampir setahun aku tidak menjejakkkan kaki ke kampung berbandimg dengan rakan2 ku di sini.. jauh weiii.. ongkos pulang balik jer selalunya beratus2.. nasib2 jer kalau dapat tiket murah,.. aku pon bukannya lahir daripada keluarga yang senang so harus sedar diri sedikit… hehehehe
Ala-ala macam kampung aku.. sejuk jer mata memandang... :)
Kedua, pengurusan wang.. kalau waktu sekolah dulu.. ingat lagi… “nih mak bagi RM2.. belajar jimat2 ya nak”… uwaaa.. rasa sedih plak bila ingat balik… tapi apa yang jarang2 kita akan memikirkan apa hari esok kita masih akan miliki wang atau tidak.. beza dengan kehidupan di U nie… esok aku nak makan apa ya??? Aishhh tak leh lebih2 ni kang lari bajet join program.. lum buku nak beli lagi… untung2 kalau dibenarkan kopi.. kalau tak kena sumbang2 free setiap buku dengan harga hampir seratus setiap satu…. Hujung2 megi lagi lah jawapannya…
baru real mata duitan sikit... hahahahxxx
Ketiga mungkin kerana kesibukan hidup di sini… segalanya perlu diatur… setiap minggu dengan meeting yang berkali-kali bila join persatuan… belum lagi nak fikir perlu untuk aktif kolej sebelum kena tendang dan cari rumah sewa… assignment yang boleh dikatakan kena keluar… ofkos akan melibatkan wang, masa, n komitmen yang banyak.. huhai… urut2 jer semnagt.. sabar amy mmg begitu kalau study.. hehehe.. so, mmg sgt menghairankan aku bila ada yang kata kehidupan di U ni sangat santai.. bangun, p kuliah n pulang tidur… sangat tak tepat pada aku.. huhuhuxxx
Hahhhhh... kan nampak truly bZ tuh.. huahuahua
Dan apa yang paling bernilai pada aku… nilai menghargai sebuah perhubungan… sebelum ni.. aku jenis yang kurang rapat dengan adik beradik aku sendiri terutamanya abang aku…. jujur banyak pertengkaran yang buatkan kami jauh sedangkan kalau difikir2 tak sepatutnya berlaku lagipon kami hanya 4 beradik jer kot… tapi bila berada disini ingat lagi setiap kali abang aku kol.. xkan pernah luput dari kata2 nya.. abang rindu dengan adik abang.. pulang nanti masak untuk abang ya… pertama kali dia cakap macam tuh.. sengaja aku bagi alasan aku ada meeting n cepat2 letak telefon tapi sebenarnya aku takda meeting pon sebaliknya aku nak menangis… snagat tersentuh hati aku.. Alhamdulillah kerana saat ini aku rasa yang mereka sangat sayangkan aku… walaupun hanya aku seorang saja yang akan balik ke semenanjung tapi pasti semua ahli keluarga aku akan hantar sanagt terharu… ingt lagi latest nak balik sini.. mak aku sakit time tuh… aku kata kat mak aku.. balik lah mak tak perlu nak teman lagipon flight kul 10 malam.. cian diorang nak tunggu yer lah kampung kan jauh.. tapi mak aku kata.. xpa mama maw tengok anak mama jalan bah.. beratnya rasa hati waktu itu…
Sebelum jalan tuh mak bisik kat telinga aku.. “selepas ni, banyak dugaan yang akan kau lalui.. pesan mama.. sabar.. sabar.. dan sabar ya nak..” hanya air mata yang mengalir waktu itu.. tak tahu nak kata apa… sebelum berangkat semua ahli keluargaku cium dahi dan pipiku… huhhh terkenangkan waktu itu, mesti air mata akan mengalir punyalah.. hehehehxxx
Sesampainya di LCCT aku bagi laporan kat mak aku yang aku dah selamat sampai.. adik aku bagitahu.. “kak, mama pengsan tadi..” ya Allah.. luluh hatiku seperti ingi kembali ke sisi mereka saat itu… aku sayang mereka.. semoga keselamatan dan kesejahteraan mereka akan sering terpelihara di bawah lindunganmu ya Allah…
Kini, aku di UPSI harus lebih tabah dan banyak perkara yang aku pelajari dalam mengajar cita-citaku sebagai seorang kaunselor.. aku yakin aku mampu wpon terasa semakin berat rasanya menghabiskan sisa 2 tahun di sini.. dugaan demi dugaan tiada henti.. ketabahan juga harus melincir tanpa henti...
Berikan aku kemudahan untuk menimba ilmu ya ALLAH… banyak yang perlu aku pelajari…
CITA-CITA dan CINTA itu 2 perkara yang berbeza… apapun dugaannya.. kata-kata mak selalu dalam ingatan… “sabar.. sabar.. dan sabar ya nak”
Opppssss Air mata gugur lagi.. bubbbbbbye guys… doakan semoga kejayaan akan selalu menjadi milik kita semua!!! AMINNNNN~
aku yang menulis dengan CINTA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan