Ahad, 13 Februari 2011

SELAMAT HARI JADI MAK…

Hari yang sangat busy pada hari ini kerana terlibat dengan program Bengkel Asas Koir Kolej Aminuddin Baki. Teruja, penat dan sedikit mendebarkan adalah perasaan  yang dapat saya ungkapkan pada hari ini.
Teruja kerana koir dan seni suara itu sendiri merupakan satu perkara yang indah yang perlu dipelajari… membosankan pada mulanya namun sangat enjoy bila mampu kuasai ilmu tersebut… penting sebagai ilmu bonus apabila menjadi guru di sekolah kelak kan.. insyaallah…. Kerana yang jelas tidak boleh berkata tidak pada arahan orang atasan… hehehehexxx


antara peserta koir yang hadir 

Penat kerana seminggu yang lepas hanya miliki cuti yang sangat sedikit.. terlalu sibuk dengan pengurusan yang pelbagai.. asgmnt dan komitmen program persatuan.. bayangkan sahaja dalam sehari rasanya tidak ada seharipun dalam minggu ini tidurku melebihi 4 jam hanya mampu topup ngantok dengan Nescafe.. muak tapi tidak miliki cara lain yang lebih baik. Waktu 24 jam seakan tidak pernah cukup utk melaksanakan semua perkara… berusaha dan berdoa, insyaallah semuanya akan siap sama seperti apa yang diinginkan.
tugas...

Mendebarkan kerana buat kali pertama menjadi pengerusi majlis di kolej kediaman. Selalunya hanya untuk persatuan. Melaksanakan tugas dengan tahu hakikat perlu lakukan yang terbaik kerana KAB merupakan satu nama yang besar. tidak boleh membiarkan orang lain pandang rendah pada kebolehan saya, dan Alhamdulillah respon yang diterima daripada rakan-rakan cukup baik malah juga dapat melaksanakan tugas dengan tidak gemuruh dan gopoh gapah seperti sebelumnya. Mungkin pengalaman mengajar kita  untuk menjadi lebih baik kalau memang itu niat yang kita inginkan kan…


MC program...

Yang jelas ada perasaan yang aku miliki pada petang tadi… minuman petang bagi program yang disediakan buat para peserta adalah air tea dan bubur kacang hijau… pertamanya berniat hanya merasa namun setelah makan bubur kacang hijau tuh, terkedu aku dibuatnya… persis bubur kacang hijau buatan mak… tak ubah.. nak jatuh air mata dan bayangan ibu menjelma dalam ingatan cukup kuat… tapi dalam masa yang sama tak boleh layan perasaan ni kerana akan menjadi MC sebentar lagi.. jangan kalah dengan emosi…

Jauh di sudut hati.. kenapa dengan aku hari ini…??? aku membelek jam.. berdekatan dengan jarum jam aku lihat tarikh 13 Febuari 2011…. Ya Allah…!!!

“3 hari lagi hari jadi mak….”
Sekali lagi tidak dapat meraikannya bersama mak… aku berada jauh disisi mak saat ini.. ikutkan hati mahu sahaja aku jadi orang pertama yang akan mengucapkan selamat ulang tahun buat bonda tersayang.. ingin ku kucup dahi mak seperti selalunya.. ingin ku ucapkan jutaan terima kasih buat mak yang telah melahirkan dan membesarkan kami empat beradik… terlalu banyak kata romantis penuh makna yang ingin aku tuturkan buat ibu tersayang… aku tidak mampu.. jarak!!! Dan telefon tidak dapat menyampaikan keinginanku 100% sama seperti yang aku inginkan… 1 perkara yang muncul di pemikiran saat ini… harus TABAH Amylia binti Baco… kamu tahu itu!


DEDICATED THIS SONG 2 MY BEAUTIFUL MOTHER.. HJH ROSLINA UMAR...
HEPY BDAY MAK :)
how a wonderful world 2 have u as my mom.. THANK U ALLAH~

Warkah buat bonda tersayang… HJH ROSLINA BINTI UMAR






Selamat hari jadi mak… walaupun lagi 3 hari.. tapi amy nak jadi orang pertama yang wish bufday mak… macam selalu kan….
Amy takda dekat mak.. mak jaga diri baik2 ya… sian mak.. jaga ayah yang xberapa sihat sedangkan mak pon bukannya sihat sangat.. insyaallah cuti 4 bulan t amy jaga mak ngn bapak baik2 ya… cakap saja mak ngan bapak mahu apa… amy akan buat selagi mampu..

Terima kasih kerana selalu terima kami anak2 mak seadanya… banyak benda yang mungkin tidak mampu kami ceritakan dengan mak sejujurnya… Cuma amy ngan abAng dan adik2 akan cuba dan belajar untuk menjadi anak yang lebih baik.. amy janji pada mak… terima kasih kerana selalu ingatkan kami pada kata2 itu.. “walau 1 dunia menolak kamu.. keluarga tetap akan hadir dalam setiap inci kehidupan kamu.. tidak akan pernah ada kata buang dalam keluarga kita”…

Terima kasih mak.. kalau amy ingat kata2 mak ni.. mesti amy akan kol mak lagi… mak tk pernah bosan dengar cerita amy… kalau mak ngantk pon sekurang2 nya mesti mak akan kata.. urmmmm… sebab mak tahu amy rindu mak kan… terima kasih mak…

Bufday mak kali ni, amy tk prepare apa2 hadiah pon buat mak.. kalau dulu amy akan tulis pada kad kecik, sambut mak bangun dari tidur, kucup dahi mak, n wish bufday mak.. tapi tahun ni sama seperti tahun lepas.. amy tak tahu nak bagi apa pada mak…
Pada amy tidak ada hadiah yang mampu kami berikan buat seorang ibu macam mak.. terlalu tinggi jasa mak.. Cuma doa amy.. amy miliki peluang tuk bahagiakan mak dan bapak… semoga sahaja amy punya kesempatan itu…

Amy sayang mak, bapak dan family kita selalu dan selamanya… kami anak mak yang baik kan…. Jangan pernah jemu mencintai kami ya mak…

AMY, ABANG DAN ADIK2 SAYANG MAK… LOVE U MAK…. MUAHHHH KAT DAHI MAK! SAYANG MAK!!! SELAMAT HARI JADI MAK, SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI, JADI ISTERI DAN IBU SOLEHAH, MILIKI HATI YANG SENTIASA TERPELIHARA..

MAK ADALAH HARTA TERBAIK DI DUNIA INI YANG BERJAYA KAMI MILIKI… IZINKAN KAMI UNTUK TERUS MENCINTAI MAK SEHINGGA KE AKHIR HAYAT MAK….  ROSLINA BINTI UMAR.. KAMI SAYANG KAMU!!!

*** amy tak bubuh gambar mak.. sbb mak amy bukan jenis yang suka bergambar... apa lagi kalau nak papar gambar mak kat publik mesti dia xsuka... huhuhuxxx... apapon mak amy cantik lorh :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan