Jumaat, 4 Februari 2011

KAUNSELOR DAN PERASAAN ITU...

Assalamualaikum…

Mowning semuanya… masa aku wat warkah ni pagi… ngeee. Rasa teringin nak share something mengenai apa yang aku rasa saat ini… dapat teka tak pedia???? Apa yang jelas pada aku perasaan itu sangat subjektif kan… pelbagai perasaan yang kita lalui setiap hari.. kadang2 kita boleh tersenyum tapi apabila tiba malam kita rasa  seperti kita ingin menangis semahunya…. 


Ingat kalau kat Sabah n buat muka camni depan mak aku confirm kena tiaww kaow2 ngn mak...
hehehhehe... palagi kalau pagi2 dh pasg muka macam ni... mmg nk kena lah... 

Mungkin sebab perasaan itu sangat berkaitan dengan niat yang kita lalui setiap hari.. kata SIFU aku.. huhuhuxxx kajian membuktikan kita ni manusia akan memasang niat yang pelbagai setiap hari dan minimum jumlah niat itu adalah sebanyak 70 niat setiap hari.. kali pertama aku dengar menganai fakta ini agak terkejut gak… ye ker… mungkin kot… kot??? Harus yakin… huhuhuhu..

So moral of the story is.. dengan niat yang pelbagai maka tidak hairanlah kita juga akan melalui eprasaan yang pelbagai.. kankankan… alah korang angguk je lah.. hikhikhik

Saat ini kan aku rasa macam nak nangis jer.. tak taw naper.. mungkin sebab rindu pada family kot… dah hampir setahun hanya mampu mendengar khabar di corong telefon.. arghhh itu semua dugaan sebagai seorang pelajar.. harus akur kan… huhuhu.. insyaallah semua kan baik2 saja….
Berbalik kepada cerita kenapa rasa macam nak nangis jer ni tiba-tiba?? Mungkin juga sebab terlalu banyak bergelak ketawa with my nana Gladdy Peter kot… huhuhuxxx

Papepon pada aku perasaan itu indah dan perasaan itu juga yang lebih menilaikan kita sebagai seorang manusia sebenar… masalah dan kebahagiaan datang silih berganti namun aku perlu pasrah dan belajar untuk bersyukur kerana dikurniakan mereka-mereka yang selalu hadir dalam suka dan duka aku… terima kasih 2 family members n also my pwen yang sangat aku sayangi…. Semoga perhubungan ini akan kekal selamanya… amin…

Rasa nak nangis and tak tahu atas sebab apa.. so bagi menghilangkan tension ni.. aku buka satu artikel kat web mengenai nangis… uwaaa ternyata nangis itu punya kebaikannya kan… hehehe.. jap g saya share k.. huhuhuxx jgn plak pasni korang akan nangis tak tentu pasal plak hanya kerana kebaikan nangis itu… hehehehehehe


7 KEBAIKAN MENANGIS!!!
 1. Membantu penglihatan
Dari mata jatuh ke hati.. cheeeewahhh..
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Agak-agak ada camni tak muka korang kalau nangis.. hehehehehe
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi.
Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood

Den tak taw nak komen apa pasal gambo ni bah.... korang plak??? ^___^
Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.
Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Hahhhhhh.. kan racun dah kuar tuhhh.. hikhikhik


Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.
keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangkan stress
uwaaaaa.... patah hati tuhhh
Bagaimana menangis mengurangi stres?
Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial

Baby dan kanak-kanak tahu bila diorang nangis diorg akan cari sapa... kita???
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.
Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Lekkkk Lhuuu... :)
Semua orang ingin merasa demikian.
Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.
Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.
Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan