Jumaat, 4 Februari 2011

Aku kaunselor..???!!!

Kaunselorkah aku?? Satu jawapan yang pada aku tiada jawapan… masih mencari2 jawapan sehingga kini… sekalipun telah dua tahun menimba ilmu dalam bidang ini…


Ilmu yang pelbagai datang silih berganti mengenai bidang yang aku belajar ini namun sehingga hari ini aku masih kurang menyakini apa aku mampu menjadi seorang kaunsleor yang bertangggungjawab…
Kalau ditanya pada kemampuan aku sejujurnya  yakin dan percaya bahawa semua orang layak menjadi kaunselor tapi tidak semua orang mampu menjadi kaunselor yang baik apatah lagi untuk  dikategorikan menjadi seorang kaunselor yang bertanggungjawab… kalau difikir-fikirkan aku ni dah lah jenis yang gila2.. kata selalu main lepas jer.. kompom orang-orang yang berada di persekitaranku banyak yang sering terasa dengan tingkahku… aku yakin itu… sedangkan aku pula tahu kalau seorang kaunselor yang sejati terletak pada kehebatnnya berkata-kata.


Namun satu hal yang aku yakin mengenai landasan hidup aku pada masa ini adalah aku merupakan manusia yang cuba dan belajar untuk menjadi lebih baik. Setiap manusia boleh berubah menjadi lebih baik (Rogers yang kata).. hehheeheh kan dah masuk teori dah.. huhuhuxxx

Masalah…? Terlalu banyak masalah yang berkaitan dengan hidupku.. dan berani bagi aku untuk mengaku bahawa aku merupakan seorang manusia yang bermasalah sebenarnya…  dan apabila berada di landasan ini dan menyedari bahawa aku merupakan seorang bakal kaunselor banyak perkara yang telah aku pelajari terutamanya mengenai adab dan bagaiman caranya kita dapat menghargai masyarakat yang berada di persekitaran kita. dan terima kasih ALLAH kerana landasan yang aku miliki kini menjadikan aku seorang yang lebih menghargai orang lain terutama sekali kedua orang tuaku dan juga kepada adik beradik aku sendiri.. sungguh banyak yang telah berubah… dan Alhamdulillah perubahan itu banyak menjurus kepada yang lebih baik. Apa kerana masalah ku juga sebenarnya yang meletakkan aku di landasan ini.. ya, mungkin kerana aku bermasalah maka akan lebih mudah bagi aku untuk membantu mereka yang bermasalah.. siapa tahu kan…. Urmmmm…


Bagaimana dengan penerimaan student2 ku nanti ya… dapat atau tidak mereka menerima aku… ingat lagi kali pertama aku membaca blog en aziz yatim mengenai etika dan peradaban seorang kaunselor… satu yang terlintas di fikiran ku pada saat itu… menjadi seorang kaunselor harus berubah menjadi seorang malaikat….!!!!

Malaikat??? Mampukah aku??? Ya atau tidakkk banyak yang perlu diperbaiki kerana aku yakin sejahat-jahat manusia peluang untuk berubah selalu ada sebenarnya…. Dan Insyaalah aku akan berubah untuk masa depanku… ramai yang mengaharapkan aku pada nilai dan tanggungjawab aku pada masa hadapan.
Kadang-kadang fikiran nakalku selalu menerawang,… membayangkan anak-anak murid ku akan memnggil aku cikgu,,, huhai… bagaimanalah agaknya kan suasanan itu.. berjalan dengan menampilkan wajah sebenar seorang guru.. dan jika terserampak mana-mana pelajar.. mereka akan berkata “selamat pagi cikgu”.. hehehehehe… tak sabar tunggu masa itu..

Apapun nilai seorang kaunselor yang sesungguhnya.. malaikat ker ataupn hanya sekadar menjadi cikgu yang biasa2 bila berada  kat sekolah nanti.. apa yang penting tanggungjawab seorang kaunselor itu yang lebih utama… bukan mudah hendak “memanuiskan manusia” dengan kesedaran bahawa kita sendiri belum sempurna sifat dan terdapat cela di sana sini.

Semoga sahaja aku selalu di beri kesedaran untuk bangkit daripada kesilapan2 yang lepas…. Aminnn.. doakan saya ya.. bukan mudah untuk menjadi seorang kaunselor yang  SEJATI!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan