Khamis, 3 Februari 2011

WARKAH BUAT AYAHANDA TERSAYANG DR AZIZ SHAH


Hari ini merupakan seminggu setelah berakhirnya program TOT bersama dr aziz shah… dan saat ini satu yang aku rasakan “rindu rasanya pada rakan-rakan sekelas..”
Tidak pernah aku rasakan perasaan sebegini sebelum ini… setiap hari yang aku lalui bersama rakan-rakan sekan-akan hanya hari-hari biasa tanpa aku tahu apa itu nilai sebuah persahabatan. Sekalipun berada di dalam kelas yang kelompoknya tidak ramai tapi tiada nilai sebuah perhubungan persahabatan yang aku rasakan. Kenapa? Apa kerana wujudnya puak-puak dalam kalangan kami? Mungkin ya kerana kami juga belum cukup mengenali di antara satu sama lain seklaipun telah hampir dua tahun bersama. Daifnya nilai persahabatan kami kan…
 Tapi hari ini aku bangkit dengan berjuta nilai kasih sayang yang lahir di dalam diri aku…  aku akan jaga dan hargai rakan-rakan ku sama seperti mana nilai sesebuah persahabatan yang sesungguhnya.

Terima kasih ayahanda Aziz… kerana hadir di saat kami memerlukan..
Terima kasih kerana kerana menerima saat orang lain terus menerus untuk menolak kami…
Terima ayahanda aziz kerana hadir dan terus memahami kami..
Dan terima kasih ayahanda aziz atas nasihat dan tunjuk ajar yang tidak pernah henti buat kami semua…

Ingat lagi pada kata-katanya.. selalu berprasangka baik kepada tuhan dan andaikata apa yang kita inginkan tidak kita perolehi.. yakinilah bahawa kita merupakan insan yang terpilih…
Kata-kata ini benar-benar merusuk ke jiwa ragaku… sangat bertepatan dengan permasalahan yang aku hadapi… tapi sampai bila harus mengenangkan masalah yang kita miliki kerana lojiknya cubaan demi cubaan xkan pernah ada henti sehingga ke hujung nyawa kita kan…

Ya benar apa yang ayahanda katakan… sampai bila kita harus bersedih kerana kita merupakan insan yang terpilih dan terlalu banyak perkara di dunia ini yang perlu kita nikmati dengan cara yang sesungguhnya…
Terima kasih ayahanda kerana yakinkan kami mengenai perkara itu…

Hari ini.. aku bangkit dengan doa dan harapan semoga ikatan persahabatan kami akan kekal selamanya. Siapa sangka pada hari ini aku masih mampu merasakan bahawa aku miliki kelarga yang dekat. Jikalau sebelumnya aku sering manghitung hari kapan aku punya peluang untuk bertemu dengan ahli keluargaku.. hampir setahun lamanya berpisah dengan mereka.. hari ini aku merasakan aku juga punya keluarga yang dekat iaitu raka-rakan yang sentiasa berada di hadapan mata. Ternyata aku merupakan seorang yang kaya.. mungkin tidak dengan wang ringgit tapi cukup dengan kasih sayang daripada mereka yang aku milikim saat ini.. terima kasih teman2… harap kita semua akan terus bersatu dalam jatuh dan bangun kita.. saya sayang geng2 ekstrovert saya.. J

I WANT U 2 KNOW...

saya nak kamu semua sihat..
sebab saya risau bila kamu sakit...
saya nak kamu semua gembira...
sebab saya xhepi bila kamu sedih...
saya nak kamu semua ceria...
sebab saya sepi bila kamu muram...
saya nak kamu semua kuat...
sebab saya lemah bila kamu down...
saya nak kamu semua tahu...
saya bukan kawan yang baik...
tapi saya akan belajar utk jadi kawan yang lebih baik... 
semoga dalam lindungan keselamatan n kesejahteraan ALLAH selalu teman2 ku...




nih kek from nana, adib n kerjasama penghantaran hamdi tuk kami semua.. sgt terharu waktu ni.. tQ nana.. cayang nana banyak2... hehhee LIKE!!!


amy with nana b4 explorace bermula... yakin.. tgok muka kitorg pas explorce t.. huhuhu.. beza..


 ni lah saya.... hepi ngn program.. sy suka program.. :)


 semangat with my gangsta... firdaus, justin n kiok.. cayang mereka


amy, nana, n kak wani... :) love my gegurl ni!!!


 salah 1 modul yg kitorg lalui... sapa sangka amy leh cucok straw dlm kntg... urmmm.. mksdnya keyakinan yang tinggi di situ ya.... paling best.. amy org kedua tertinggi yg mampu cucok strw dlm kentang.. abe pesal no 1 ngn 37 biji kentang.. n amy 23 strw... bangga sikit.. hehhehe


after progrm.. with member2 yg xbalik kmpung... a moment to remeber with tHa, aton, k.wani, juma, n nana... :)

love all my gangsta.. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan